Tuesday 17 January 2012

Asid lemak trans



     Dalam kimia, asid lemak merupakan asid karboksilik yang biasanya mempunyai ekor alifatik panjang yang tidak bercabang. Asid lemak yang ditemui secara semula jadi terdiri daripada sama ada tepu atau tidak tepu. Asid karboksilik yang pendek seperti asid butirik (4 atom karbon) dikategorikan sebagai asid lemak, manakala asid lemak yang diperolehi dari lemak atau minyak asli boleh dianggap memiliki paling kurang 8 atom karbon. Kebanyakan asid lemak asli mempunyai bilangan nombor atom karbon yang genap, kerana biosintesis asid ini melibatkan acetyl-CoA, koenzim yang membawa kumpulan dua-atom-karbon.




Lemak tidak tepu: Lemak jenis boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak mono tak tepu dan asid lemak trans. Pada suhu bilik, ia berada dalam keadaan cecair.

# Lemak poli tak tepu – Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, safflower, bijan, biji benih flaks dan kacang.
Ikan laut dalam pula seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout membekalkan asid lemak perlu Omega-3 manakala minyak jagung, soya dan safflower pula mengandungi asid lemak perlu Omega-6.

      Asid lemak perlu ialah lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh badan.  Hal ini terjadi karena spesies yang berkaitan tidak memiliki (atau memiliki tetapi kurang berfungsi) enzim yang bertanggung jawab dalam melakukan sintesis asid lemak tersebut.
Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak baik kerana ia boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL), trigliserida dan jumlah kolesterol keseluruhan.

# Lemak mono tak tepu – Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang tanah, zaitun dan bran beras. Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

# Lemak trans – Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan lemak sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.
Ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu) kerana asid lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan kolesterol baik.



       Lemak trans adalah lemak tidak tepu; bermakna rantaian kimianya tidak dipenuhi hidrogen. Namun, apabila lemak tidak tepu menjalani proses hidrogenasi (penambahan hidrogen pada rantaian kimianya), ia menjadi satu rantaian baru menyebabkan lemak trans berada dalam keadaan pepejal pada suhu bilik. Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.

       Faktor yang menjadi isu ialah, lemak trans boleh meningkatkan paras kolesterol buruk dan merendahkan paras kolesterol baik; sekali gus meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik.

No comments:

Post a Comment