Wednesday, 21 November 2012

Amalan Malam Jumaat


Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang mesti kita lakukan dalam usaha kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah SWT dan janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya itu merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan. Di antara amalan-amalan malam Jumaat yang boleh kita lakukan ialah yang pertama membaca surah Al-Kahfi. Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat. Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda:Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.


Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin. Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda ;
“Siapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.” (HR Tarmizi)
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
Dari Abu Hurairah ra ia berkata Rasulullah SAW bersabda:
“Jangan kamu jadikan kuburku tempat berhari raya dan ucapkanlah selawat kepadaku, kerana selawatmu itu akan sampai kepadaku, di mana kamu berada.” (HR Abu Daud)

Amalan yang keempat yang boleh dilakukan ialah solat malam Jumaat. Iaitu solat yang didirikan di antara waktu Maghrib dan Ishak dengan 12 rakaat. Tiap dua rakaat dengan satu salam. Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh islam.

Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SAW mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.

Antara adab-adab berjimak ialah hari yang utama iaitu malam Isnin, malam Khamis dan malam Jumaat, mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak.

Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail(solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat seperti solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir serta solat sunat yang lain. Kemudian banyakkan zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakhbir serta memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT. Keutamaan Qiyamullail di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud; 
“Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.

Doa Awal Muharram


 1433 Hijrah sudah melabuhkan tirainya..Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 kepada kawan-kawan.  Di pembukaan tahun baru ini marilah kita sama-sama berdoa agar di tahun ini dan tahun-tahun berikutnya hidup kita akan lebih cemerlang, sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Yang Maha Esa, In Shaa ALLAH.

Amalan membaca  ‘Doa Awal Muharam’ ini, biasanya dilakukan oleh para solihin pada setiap hari sepanjang 10 hari pertama bulan Muharram.


Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca doa ini sebanyak tiga kali pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”


Thursday, 1 November 2012

SABAR DAN MENANG



 Amin Ya Rabbal Alamin....

Larangan Tidur Selepas Waktu Subuh


Qunut Nazilah

Doa Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.
Seperti dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.
Dari Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin Hambal). 
  



Monday, 6 August 2012

Mencari Lailatul Qadar


10 akhir Ramadan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu ada kesangsian tentang ujudnya Lailatul Qadar kerana firman Allah di dalam surah Al-Qdar yang maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.


Diriwayatkan oleh Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut tentang 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Lalu Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah anugerah Allah ini adalah lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.


Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a. maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”


Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan berbanding dengan masa yang lain.”



Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadan. 


Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku
Rujukan : http://www.al-bakriah.com.my

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar


     
Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.

1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk

2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatulqadar

3. Membaca Al-Quran

4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astagfirullah halazim waatubuilaih)

5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)

6. Bertasbih: 
  • Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X
  • Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X
  • Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X
  • Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X

7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)

8. Sembahyang sunat tahajud

9. Sembahyang sunat tasbih

10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.

Marilah kita sama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini....Moga kita semua sentiasa dirahmati olehNya....