Amin Ya Rabbal Alamin....
Thursday, 1 November 2012
Qunut Nazilah
Doa
Qunut Nazilah dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman,
penganiayaan, penindasan musuh-musuh Allah dan musuh kaum Muslimin.
Seperti
dikisahkan dalam Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW
pernah melakukan qunut selama satu bulan untuk mendoakan
pembunuh-pembunuh para sahabatnya di Bir Al-Maunah.
Dari
Abu Hurairah RA :"Sesungguhnya bila ingin mendoakan seseorang, Nabi
Muhammad SAW membacakan qunut sesudah ruku' (Hr. Bukhari dan Ahmad bin
Hambal).
Monday, 6 August 2012
Mencari Lailatul Qadar
10 akhir Ramadan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh
dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah
merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan
Ramadan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat
antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah
dan hadis Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu ada kesangsian tentang ujudnya Lailatul Qadar kerana firman Allah di dalam surah Al-Qdar yang maksudnya: “Sesungguhnya
kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang
menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih
baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun
dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini
sejahtera hingga terbit fajar”.
Diriwayatkan oleh Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah
menyebut tentang 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah
selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para
sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Lalu Jibril datang
memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih
baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril
berkata kepada Rasulullah anugerah Allah ini adalah lebih baik daripada
apa yang engkau kagumkan dan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para
sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan
orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam
menyamai beramal 1000 bulan.
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat
baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama
beribadah. Kata Aisyah r.a. maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10
akhir bulan Ramadan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan
beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah.
Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya
umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan
pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. Maksudnya: “Barangsiapa
menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan
berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan
rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati
malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan
dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk
menyambut malam Lailatulqadar yang mulia. Ini diterangkan di dalam satu
hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya: Maksudnya: “Biasanya
Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan
amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadan berbanding
dengan masa yang lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui
malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang
akhir daripada bulan Ramadan
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27
& 29 dari bulan Ramadan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis
yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam
zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada
malam 23 Ramadan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda
Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya
mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.
Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadan.
Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan
bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun
yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadan.
Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap
dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10
malam yang akhir daripada Ramadan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara
itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat
yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di
dunia mahupun di akhirat.
Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله
عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ
أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ
كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha
pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh
(tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut
dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيMaksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku
Rujukan : http://www.al-bakriah.com.my
Amalan Pada Malam Lailatul Qadar
Mulailah amalan pada jam 12.00 tengah malam.
1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil wuduk
2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan malam Lailatulqadar
3. Membaca Al-Quran
4. Istighfar selama 30 minit atau 1000 kali (Astagfirullah halazim waatubuilaih)
5. Zikrullah (La ila ha illallah 1000X , Laila haillallah muhammadul rasulallah 300X, Allahhuakbar 300X)
6. Bertasbih:
- Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem 300X
- Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahilazim 300X
- Subhanarob biyal a’ala wabihamdih 300X
- Subhanarob biyal a’zimiwabihamdih 300X
7. Selawat 100X atau 1000X (Allahhummasolli ‘ala Muhammad)
8. Sembahyang sunat tahajud
9. Sembahyang sunat tasbih
10. Sambungkan dengan zikrullah atau membaca quran sehingga solat subuh.
Marilah kita sama-sama menghidupkan 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan ini....Moga kita semua sentiasa dirahmati olehNya....
Wednesday, 18 July 2012
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN...ADAKAH KITA??
Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw
bersabda, “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan
datang mengemuruni kamu (umat Islam) bagaikan orang-orang yang hendak makan
mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi ...kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” [Riwayat Abu Daud]
Penjelasan dan Pengajaran :
Maka salah seorang sahabat bertanya, ‘Apakah dari kerana (bilangan) kami sedikit pada hari itu?’ Nabi saw menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak (ramai) sekali, tetapi ...kamu umpama buih di waktu banjir dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu; dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah wahan itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.” [Riwayat Abu Daud]
Penjelasan dan Pengajaran :
a. Sepertimana kita lihat umat Islam pada ketika ini berjumlah lebih kurang 1.6 billion seluruh dunia tetapi kita dijadikan seperti ‘lauk di dalam talam’ oleh orang kafir. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya.
b. Hadis ini merupakan motivasi kepada seluruh umat Islam agar bangkit dan kembali dengan sebenar-benar kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan bukannya hanya menyerah dan lembik kepada orang kafir.
c. Allah yang Maha Agung akan mencabut kemuliaan orang Islam apabila umat Islam cenderung kepada cinta dunia (tamak, rakus dan cinta pada harta umumnya) dan takut mati (leka dan lupa pada hari pembalasan dan takut berjihad di jalan Allah yang Maha Tinggi).
Selawat Al Fateh
Selawat ini memiliki 8
martabat keutamaan, dibawah ini hanya keutamaan pada martabat yang pertama
saja, sedangkan yang lainnya dirahasiakan oleh Allah SWT, diantaranya adalah :
- Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari di jamin hidup bahagia dunia dan akhirat
- Membaca sholawat al-Fatih 1x menghapus semua dosa
- Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala ibadah semua mahluk di alam semesta ini 6000x lipat
- Membaca sholawat al-Fatih 1x menyamai pahala sholawat yang dibaca oleh seluruh mahluk dari awal di ciptakan sampai sekarang 600x lipat.
- Membaca sholawat al-Fatih 1x setiap hari, di jamin mati membawa iman ( husnul khotimah ).
- Membaca sholawat al-Fatih 10x di malam jum’at lebih besar pahalanya dari pada ibadah seorang wali yang tidak membaca sholawat al-Fatih selama 1 juta tahun.
- Pahala sholawat al-Fatih dapat menutupi dan mengganti kesalahan yang pernah ia lakukan terhadap orang lain, sehingga ia dapat mengganti tuntutannya di hari kiamat.
- Membaca sholawat al-Fatih 100x di malam jum’at menghapus dosa 400 tahun.
- Syekh Ahmad at-Tijany r.a berkata :”Keistimewaan sholawat al-Fatih sangat sulit di terima oleh akal, karena ia merupakan rahasia Allah SWT yang tersembunyi. Seandainya ada 100,000 bangsa, yang setiap bangsa itu terdiri dari 100,000 kaum, dan setiap kaum terdiri dari 100,000 orang, dan setiap orang diberi umur panjang oleh Allah SWT sampai 100,000 tahun, dan setiap orang bersholawat kepada nabi setiap hari 100,000 x, semua pahala itu belum dapat menandingi pahala membaca sholawat al-Fatih 1x. ( Al-Fathur Robbany karya Sayyid Muhammad bin Abdillah as-Syafi`ie at-Thoshfaawy at-Tijany hal 99-100 )
Subscribe to:
Posts (Atom)











